Saturday, May 21, 2011

Ada Apa Dengan Edubuntu

Edubuntu, juga dikenali sebagai Ubuntu Education Editon, merupakan satu cabang distro OS Ubuntu yang direka khas untuk kegunaan sekolah serta bilih darjah. Edubuntu dibangunkan dengan kerjasama guru, ahli akademik serta ahli teknologi dari pelbagai negara. Edubuntu dibina berasaskan Ubuntu, di integrasikan bersama rekabentuk LTSP dan beberapa aplikasi spesifik untuk pembelajaran dan ditujukan kepada pengguna berumur 6 hingga 18 tahun.

Tujuan utama projek Edubuntu ialah membolehkan tenaga pengajar (Guru, Pendidik, Tutor) yang mempunyai pengetahuan agak terhad bagi kemahiran teknikal serta kebolehan mengajar komputer untuk menyediakan makmal komputer atau persekitaran pembelajaran secara atas talian dalam masa kurang dari satu jam dan kemudiannya mentadbir sistem tersebut dengan mudah serta berkesan.

Prinsip pembangunan Edubuntu juga menekankan pengurusan dan pentadbiran secara berkelompok, penggunaan serta proses, bersama dengan fasiliti untuk bekerjasama dalam sesebuah bilih darjah. Selain itu, Edubuntu juga memahami kepentingan untuk mengumpul semua perisian sumber terbuka yang terbaik dan bahan digital untuk pembelajaran. Ia juga bagi memastikan mereka yg tidak mampu mendapatkan perkakasan terkini utk memaksimumkan penggunaan perkakasan sedia ada untuk jangka masa yang lebih panjang.

Ada 4 kumpulan utama yang menjadi sasaran pakej Edubuntu mengikut peringkat yang telah ditentukan. Anda boleh muat turun dan pasang dari kategori “Education” dalam “Software Center” atau menggunakan pengurus pakej seperti dibawah :-
1. ubuntu-edu-preschool : Prasekolah (5 tahun dan kebawah)
2. ubuntu-edu-primary : Primary (Berumur antara 6 hingga 12 tahun)
3. ubuntu-edu-secondary : Secondary (Berumur antara 13 hingga 18 tahun)
4. ubuntu-edu-tertiary : Tertiary (Peringkat universiti)

Dengan Edubuntu, anda mampu mendapatkan aplikasi pendidikan terkini dengan kos yang amat murah serta dapat menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih menyeronokkan. Selamat menggunakan Edubuntu !

No comments: