Saturday, May 21, 2011

Qimo : Satu Lagi Linux Untuk Kanak-Kanak

Sebelum ini ada diterangkan mengenai Edubuntu dalam entri yang lepas, merupakan satu cabang distro Ubuntu khas untuk pembelajaran. Ada satu lagi sistem operasi berasaskan Linux yang dibangunkan khas untuk pembelajaran kanak2 yang diberi nama sebagai Qimo. Qimo (Disebut dengan “kim-oh” seperti eskimo) merupakan perisian desktop yang dibentuk khas untuk kanak2. Sistem operasi ni juga berasaskan Ubuntu Linux yang didatangkan dengan permainan pendidikan untuk kanak2 berumur 3 tahun dan keatas. Antaramuka grafik Qimo telah direka agar mudah diguna, memberikan ikon yang besar membuatkan pengguna yang kecil tiada masalah untuk memilih aktiviti yang mereka mahukan. Keperluan perkakasan adalah cukup rendah iaitu dengan hanya 256MB RAM, 6 GB Cakera Keras dan CPU pada kepantasan 400Mhz atau lebih. Qimo agak berbeza berbanding Edubuntu kerana ia direka untuk komputer persendirian berbanding sistem bilik darjah yang memerlukan rangkaian. Ia juga tiada paparan pelbagai tetingkap bagi memudahkan kanak-kanak membuat navigasi tanpa sebarang kekeliruan.

No comments: