Saturday, May 21, 2011

Apa Itu Amanda ?

AMANDA ialah singkatan kepada Advanced Maryland Automatic Network Disk Archiver, ialah merupakan sistem sandaran yang membolehkan admin IT untuk membuat sandaran utama untuk menyandar pelbagai hos melalui rangkaian ke pemacu cakera, disk atau media optik. Amanda menggunakan utiliti dan format asas (Contoh seperti dump dan GNU tar) dan boleh membuat sandaran kepada banyak pelayan dan stesen kerja yang menggunakan pelbagai versi linux atau Unix, Amanda juga menggunakan pelanggan Windows untuk membuat sandaran pelayan serta desktop Microsoft Windows. Versi stabil terkini ialah 3.1.1, yang dilancarkan pada 29 Jun 2010 yang juga merupakan penambahbaikkan pepijat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi aplikasi ini di www.amanda.org dan web ini juga menyediakan tutorial. Jadi jika anda mempunyai banyak pelayan dan desktop dalam rangkaian organisasi, anda boleh mencuba AMANDA untuk penyelesaian yang mudah dan menjimatkan.

No comments: