Tuesday, April 12, 2016

TripMode Untuk Mac Membolehkan Anda Mengawal Akses Internet

Ketika menggunakan mobile hotspot, salah satu perkara yang merisaukan ramai adalah berkenaan dengan penggunaan data daripada peranti mudah-alih yang mungkin kadang-kala melangkaui apa yang disasarkan disebabkan beberapa aplikasi dan perisian yang mengaksesnya. Kini, khusus untuk pengguna Mac OS X, salah satu perisian yang mungkin membantu adalah TripMode. TripMode selepas dipasang pada komputer Mac anda, ia akan secara automatik aktif dan berfungsi apabila anda berhubung ke sebarang hotspot. Anda kemudian boleh tetapkan dan pilih perisian yang boleh mengakses internet melalui hotspot berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan supaya Dropbox anda tidak sync ketika menggunakan hotspot, sebaliknya boleh kekal menggunakan Twitter dan Google Chrome. Walaubagaimanapun, TripMode ini tidak ditawarkan secara percuma, tetapi sebaliknya ditawarkan pada harga $7.99. Pengguna boleh membuat cubaan secara percuma selama 7 hari, dan kemudian kekal menggunakannya selama 15 minit setiap hari untuk selamanya. Tetapi, jika anda sering menggunakan hotspot telefon anda untuk suatu jangka masa yang panjang setiap hari, anda mungkin perlu untuk membelinya. Muat-Turun TripMode untuk Mac OS X http://www.tripmode.ch/

No comments: