Tuesday, April 12, 2016

TIME dotCom Membuat Pelaburan Di Vietnam

TIME dotCom merupakan salah satu penyedia rangkaian internet dan telekomunikasi di Malaysia, dimana selain untuk pengguna umum, mereka juga turut menyediakan penawaran perkhidmatan berkaitan telekomunikasi kepada pengguna perusahaan sekitar rantau Asia Pasifik. Terkini, TIME dotCom telah pun membuat pelaburan pada syarikat telekomunikasi di Vietnam, iaitu CMC Telecom. CMC Telecom adalah salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Vietnam, dan melalui pelaburan pihak TIME dotCom, mereka mendapatkan sebanyak 25% pegangan pada syarikat telekomunikasi berkenaan. Melalui pelaburan ini, TIME dotCom dan CMC Telecom masing-masing akan bekeerjasama dalam arena perkhidmatan dan teknologi, sekaligus memfokuskan lagi dalam penawaran infrastruktur telekomunikasi. Pelaburan yang dilakukan oleh TIME dotCom ke CMC Telecom ini dikatakan berjumlah sekitar $12 juta (RM43 juta).

No comments: