Thursday, April 14, 2016

Oppo Neo 5s

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan satu lagi peranti baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Oppo Neo 5s. Peranti berspesifikasi pertengahan ini akan dijual di Malaysia bermula minggu hadapan pada harga RM698. Oppo Neo 5s merupakan versi naik-taraf keluarga Neo 5 sebelum ini, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 854×480 pixel, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Oppo Neo 5s menggunakan ColorOS 2.0 berasaskan kepada Android 4.4 KitKat, dan pengguna boleh menggunakan dwi-SIM pada peranti ini – dalam gabungan mikro-SIM serta nano-SIM. Peranti ini turut menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE. Oppo Neo 5s akan dijual dalam pilihan warna putih dan biru, dan ia akan ditawarkan di seluruh Malaysia bermula minggu hadapan pada harga RM698.

No comments: