Thursday, April 14, 2016

Intel Compute Stick M599

Intel Compute Stick merupakan salah satu peranti berbentuk dongle yang telah diperkenalkan oleh Intel sebelum ini. Hari ini, Intel Malaysia mengumumkan pelancarannya untuk pasaran Malaysia, dimana dua versi akan ditawarkan, iaitu menggunakan Windows atau Linux. Intel Compute Stick ini membolehkan anda menghubungkannya ke sebarang skrin dengan sokongan HDMI – iaitu sama ada televisyen atau monitor, dan seterusnya mengubah ia kepada sebuah komputer yang boleh digunakan untuk kerja, atau membuat tugasan lain seperti bermain atau melayari web. Dari segi spesifikasi, Intel Compute Stick hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom. Ia hadir dalam dua variasi, iaitu menjalankan Windows 8.1 Bing atau Ubuntu 14.04. Versi Windows hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 32GB, sementara versi Ubuntu hadir dengan 1GB RAM serta storan sebesar 8GB. Kedua-duanya hadir dengan sokongan Bluetooth serta WiFi, selain sokongan mikro-SD untuk storan tambahan. Versi Windows akan dijual pada harga RM599, sementara versi Linux pula akan dijual pada harga RM499.

No comments: