Thursday, April 7, 2016

Misoka : Berus Gigi Teknologi Nano Tidak Memerlukan Ubat Gigi

Teknologi nano digunakan sekarang bagi menghasilkan litar bersaiz kecil. Di masa hadapan robot kecil dikatakan dapat memasuki aliran darah manusia dan memusnahkan sekatan pada saluran manusia. Robot-robot kecil ini juga boleh mengesan prestasi tubuh dan mengawal proses penuaan. Penggunaan teknologi fiksyen sains ini digunakan secara meluas di dalam permainan video Metal Gear Solid. Ramalan penggunaan teknologi nano sememangnya hebat tetapi masih berdekad lamanya sebelum menjadi realiti. Di Malaysia “teknologi nano” dijadikan modal untuk syarikat ponzi menjual penapis dihidrogen oksida kepada pengguna yang buta teknologi. Tetapi di Jepun teknologi nano digunakan untuk membersihkan gigi. Misoka ialah berus gigi teknologi nano yang tidak memerlukan anda membeli ubat gigi untuk menggunakannya. Berus Misoka diselaputi ion galian berdiameter 1/1000000000 meter yang akan menarik kotoran daripada gigi. Ianya lebih halus berbanding berus biasa dan dapat memasuki ruangan diantara gigi dengan lebih mudah. Setiap Misoka hanya boleh digunakan sebulan seperti ion pada berus tidak lagi mampu menarik kotoran. Jika anda mempercayai mitos urban mengatakan ubat gigi boleh merosakkan otak dan adalah agenda jahat Ibrani, Misoka memastikan anda tidak perlu lagi membeli ubat gigi. Berus gigi ini dijual pada harga $104 sebatang. Anda mungkin jimat membeli ubat gigi tetapi tidak melakukan penjimatan pada harga berus gigi.

No comments: