Thursday, April 7, 2016

Microsoft Office 2016 Preview Sedia Dimuat-Turun

Menggunakan sistem operasi Windows 7, Windows 8 atau Windows 10 Technical Preview? Microsoft hari ini telah mengeluarkan Office 2016 Preview untuk semua, membolehkan anda memuat-turun dan menguji perisian pejabat yang bakal diperkenalkan untuk desktop. Melalui Office 2016 Preview ini, ia memberikan kebolehan untuk para pengguna untuk mencuba terlebih dahulu perisian pejabat berkenaan, sebelum ia dilancarkan secara rasmi dalam masa beberapa bulan lagi. Office 2016 membawakan kemaskini dari segi antaramuka, selain turut menyertakan sokongan integrasi awan dan kolaborasi masa-nyata. Selain daripada versi untuk desktop ini, Microsoft juga sedang membangunkan aplikasi universal untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote yang boleh digunakan pengguna Windows 10 sahaja, serta akan ditawarkan melalui Windows Store. Namun, versi berkenaan masih belum dilancarkan buat masa ini dan dijangka hadir tidak lama lagi. Untuk menggunakan Office 2016 Preview ini, Microsoft turut menekankan yang mana ia tidak boleh digunakan bersama-sama Office 2013, dan versi Office 2013 perlulah dinyah-pasang terlebih dahulu. Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, dan ingin melihat sendiri apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft, anda boleh memuat-turun Office 2016 Preview ini hari ini dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

No comments: