Thursday, April 7, 2016

Microsoft Menamatkan Windows Media Center

Windows Media CenterMicrosoft telah memperkenalkan Windows Media Center pada tahun 2002 yang lepas bersama-sama edisi khas Windows XP, yang mana membawakan sokongan khusus untuk memainkan media. Sejak daripada pengenalannya, ia telah berkembang dan mempunyai komuniti pengguna tersendiri, dan pelbagai aplikasi ketiga hadir untuk membolehkan sokongan memainkan media dari Netflix dan sebagainya. Namun, Microsoft nampaknya ingin menamatkan pembangunanya, dan Windows Media Center tidak lagi akan disertakan pada Windows 10. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan angka pengguna untuk Windows Media Center boleh dikatakan berkurangan dari hari ke hari. Disamping itu, terdapat beberapa alternatif perisian lain, selain hardware yang khusus untuk memainkan media. Bagi anda, adakah anda akan merindui ketiadaan Windows Media Center ini, ataupun anda lebih selesa menggunakan alternatif lain seperti Kodi/XBMC dan lain-lain?

No comments: