Thursday, April 14, 2016

Microsoft Memberikan Nafas Baru Untuk Outlook.com – Menyertakan Beberapa Fungsi Baru

Outlook merupakan salah satu perkhidmatan emel daripada Microsoft yang menawarkan antaramuka dan rekaan yang minimalis dan mudah digunakan. Ia juga hampir selari dengan beberapa klien mereka – terutamanya pada desktop. Kini, melangkah ke era Windows 10, Microsoft turut memberikan nafas baru untuk Outlook.com – perkhidmatan Outlook versi web mereka. Melalui apa yang diumumkan, Microsoft akan mengemaskini sedikit rekaan antaramuka perkhidmatan emel berkenaan, tetapi pada masa yang sama mengekalkan cara penggunaan seperti sedia kala. Bahagian Inbox kini akan membantu anda memaparkan emel yang penting dan mengasingkan emel kurang penting ke folder berasingan. Disamping itu, Microsoft turut menambah 13 tema baru untuk dipilih bagi menggantikan paparan Outlook.com. Pengguna juga kini boleh menyertakan pautan ke Outlook, dan Outlook akan mengubah ia kepada bentuk paparan menarik bergantung kepada jenis kandungan pautan – seperti video, web dan sebagainya. Beberapa pemalam tambahan juga dijangka akan disertakan, termasuk pemalam tambahan daripada Uber, PayPal, Bloomberg dan sebagainya. Disamping itu, Microsoft juga turut mengintegrasikan sejumlah perkhidmatan mereka yang lain ke dalam Outlook.com, termasuk antaranya adalah Skype, Outlook dan juga Office. Dengan kemaskini ini juga, bahagian Outlook.com Calendar turut menerima kemaskini dalam memudahkan lagi pengguna menguruskan temujanji mereka. Penawaran baru ini akan diuji dalam bentuk Preview terlebih dahulu – dimana pengguna yang mendaftarkan minat boleh melihat paparannya terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi ia yang mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi.

No comments: