Tuesday, April 12, 2016

Lukisan CAD Apple Watch

Adakah anda mahu menghasilkan tali Apple Watch yang diperbuat daripada songket dengan rekaan hologram 1Malaysia? Pada bahagian kanan terdapat wajah Dato Seri Najib Razak tersenyum manakala pada sebelah kiri butang yang apabila ditekan mengeluarkan laungan “1Malaysia”. Ini pastinya aksesori yang bakal mendapat sambutan hangat dari pengguna Apple Watch seluruh negara. Tetapi sebelum menghasilkan rekaan tali Apple Watch yang paling 1Malaysia ini, anda perlu mendapatkan ukuran tepat jam tangan pintar paling hangat di pasaran ini terlebih dahulu. Bagi memudahkan pihak ketiga menghasilkan aksesori Apple Watch, Apple kini membenarkan anda memuat turun rekaan CAD rasmi jam pintar ini dari laman mereka. Dengan adanya pelan CAD yang terperinci ini, aksesori yang bakal anda hasilkan akan dapat digunakan dengan sempurna pada Apple Watch. Kedua-dua pelan rekaan untuk Apple Watch 38mm dan 42mm disertakan. Setiap lukisan CAD ini turut mempunyai nota amaran bahagian jam yang tidak boleh dihalang serta had maksimum ketebalan yang dibenarkan. Jika anda mempunyai impian menghasilkan aksesori Apple Watch, lukisan CAD ini pastinya akan membantu memudahkan proses rekaan anda. Muat Turun Lukisan CAD Apple Watch https://developer.apple.com/watch/bands/

No comments: