Tuesday, April 12, 2016

Liquid Jade Z, Liquid Z520 Dan Liquid Z220

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan tiga peranti baru dibawah keluarga Liquid mereka. Menjadi fokus utama pengenalan ini adalah Liquid Jade , selain dua lagi peranti dibawah keluarga Liquid, iaitu Liquid Z520 dan Liquid Z220. Kesemua peranti ini ditawarkan pada harga bawah RM1000. Acer Liquid Jade Z telah diperkenalkan secara global pada bulan Mac yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin 5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan MediaTek 1.5Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Untuk tujuan rakaman gambar, Acer Liquid Jade Z menyertakan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Acer Liquid Jade Z ini turut hadir dengan antaramuka yang tidak begitu berbeza berbanding antaramuka asal Android. Ia hadir dengan Android 4.4 KitKat, disamping beberapa fungsi kamera khusus untuk rakaman. Selain Acer Liquid Jade Z, pihak Acer turut memperkenalkan Acer Liquid Z520, yang mana turut menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan dilengkapi cip pemprosean empat-teras, memori 1GB RAM, serta ruangan storan terbina 8GB. Acer Liquid Z520 ini pula membawakan rakaman gambar kamera belakang 8-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel. Seperti Acer Liquid Jade Z, peranti ini juga turut menyertakan Android 4.4 KitKat, dengan beberapa penambahan fungsi ringkas daripada Acer. Menjadi peranti terakhir yang diperkenalkan adalah Acer Liquid Z220, yang mana membawakan skrin sedikit kecil, iaitu 4-inci dengan paparan 480×800 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 200 dwi-teras, memori 1GB RAM, serta ruangan storan 8GB. Peranti ini membawakan kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel. Ketiga-tiga peranti ini akan dijual di pasaran Malaysia pada harga yang rendah. Acer Liquid Jade Z membawakan harga jualan RM799, Acer Liquid Z520 pula pada harga RM499, dan akhir sekali Acer Liquid Z220 pada harga RM299.

No comments: