Friday, April 1, 2016

Celcom Memperkenalkan Pelan Pascabayar First Basic 38

Celcom hari ini menambah satu lagi pelan baru dibawah penawaran pascabayar mereka, iaitu First Basic 38 yang mana membawakan pelan pada langganan bulanan RM38 untuk menggunakan data sehingga 3GB. Celcom mengatakan penawaran ini adalah salah satu usaha pihak Celcom dalam menawarkan pelan data yang lebih mampu-milik dan berbaloi kepada para pelanggan. Ini juga selari dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengurangkan harga langganan internet dan data di Malaysia. Melalui pelan FIRST Basic 38 ini, pengguna akan ditawarkan dengan akses data sehingga 3GB, selain turut boleh menikmati 3GB tambahan di mana-mana lokasi yang menyokong Celcom WiFi. Selain daripada itu, pengguna turut boleh menikmati panggilan selama 50 minit percuma, dan juga 50 SMS percuma. Sekiranya penggunaan pengguna melangkaui data yang ditawarkan, kelajuan akan dikurangkan kepada 64kbps. Seperti biasa, pelbagai penawaran tambahan lain turut hadir, termasuk sokongan untuk membuat langganan tambahan, selain membolehkan pengguna membawa data yang tidak digunakan ke bulan-bulan seterusnya. Pelan ini dilihat ditawarkan secara terhad buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sampai bilakah promosi ini akan dikekalkan oleh pihak Celcom.

No comments: