Friday, April 1, 2016

Acer Memfokuskan Kepada Arena Permainan Dengan Jenama Keluarga Baru – Predator

Acer hari ini telah mengumumkan beberapa produk baru mereka yang akan diperkenalkan seluruh dunia secara berperingkat, dan menjadi salah satu fokus utama ketika pengumuman tersebut adalah jenama keluarga baru untuk peranti memfokuskan gaming daripada mereka, iaitu Predator. Predator akan meliputi pelbagai jenis faktor peranti, dan pihak Acer telah memperkenalkan desktop, monitor, tablet dan juga komputer riba dibawah keluarga Predator ini. Spesifikasi penuh untuk keluarga peranti yang diumumkan masih tidak diketahui lagi. Produk pertama dibawah Predator yang akan memasuki pasaran adalah Predator X35 Gaming Monitor yang hadir dengan skrin bersaiz 35-inci melengkung dengan paparan 21:9 pada kadar segar-semula 144Hz. Ia turut hadir diintegrasikan dengan teknologi NVIDIA G-Sync, selain turut dilengkapi sokongan HDMI, DisplayPort dan juga USB 3.0. Untuk audio, ia hadir terbina dengan sokongan speaker DTS. Selain daripada monitor, pihak Acer turut akan memasarkan Predator Desktop dan juga Predator Tablet pada suku ketiga 2015 ini, dan menyusul pada suku keempat adalah Predator Notebook dalam variasi saiz 15-inci dan juga 17-inci. Pada tahun lepas, ketika pengenalan Acer V Nitro yang memfokuskan kepada gaming, ia sedia menerima tarikan ramai pengguna, dan mungkin ia menjadi titik tolak Acer untuk terus memfokuskan kepadanya.

No comments: