Tuesday, April 12, 2016

Asus ZenWatch Berasaskan Android Wear

Asus Malaysia telah mengatakan tidak akan membawa masuk ZenWatch di Malaysia sebelum ini. Tetapi, ia tidak menghentikan beberapa pihak membawa masuknya dan menjual ia di pasaran tempatan. Beberapa penjual serta beberapa pengedar Asus di Malaysia telah mula menawarkan ZenWatch di Malaysia, iaitu jam tangan pintar berasaskan Android Wear. Pihak Asus masih tidak mengumumkannya secara rasmi, tetapi menurut beberapa penjual, jaminan untuk peranti berkenaan disediakan oleh pihak Asus Malaysia selama 12 bulan – seperti beberapa peranti Asus yang lain di pasaran. Asus ZenWatch ini dilengkapi dengan Android Wear, membolehkan ia digunakan dengan sebarang peranti Android di pasaran. Ia membawakan rekaan skrin berbentuk segi empat bersaiz 1.63-inci, serta dilengkapi dengan sokongan sensor denyutan nadi. Ia turut menyertakan sokongan storan bersaiz 4GB, serta dijana menggunakan cip Snapdragon 400 1.2Ghz. Daripada apa yang dilihat, ZenWatch ini dijual pada harga sekitar RM649 ke RM699 di Malaysia.

No comments: