Wednesday, March 30, 2016

TuneTalk Kekalkan Kredit Percuma Pasca-GST

TuneTalk merupakan salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia yang beroperasi sebagai MVNO. Mereka turut mempunyai beberapa promosi khusus dalam menarik lebih ramai menggunakan talian dan perkhidmatan mereka, dan salah satunya adalah bonus apabila pengguna menambah-nilai setiap bulan. Promosi tersebut bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah diperkenalkan sejak daripada tahun lepas. Kini, dengan pelbagai isu berkaitan GST, pihak TuneTalk sekali lagi mengambil peluang untuk menekankan perkara berkenaan. Menurut TuneTalk, pengguna mereka akan kekal dapat menikmati kredit percuma tambahan untuk tambah-nilai seperti sebelum ini. Melalui promosi pihak TuneTalk, setiap tambah-nilai RM30 akan terima tambahan kredit sebanyak RM10, sementara tambah-nilai untuk RM50 akan terima tambahan sebanyak RM20. Walaubagaimanapun, seperti biasa, pembelian tambah-nilai akan masih tertakluk kepada GST. Ini bermakna, sebagai contoh, anda boleh membeli tambah-nilai untuk RM30 pada harga RM31.80 dan akan menerima kredit bernilai RM40. Pihak TuneTalk mengatakan mungkin langkah ini akan dapat mengurangkan beban yang dialami pengguna.

No comments: