Wednesday, March 2, 2016
Huawei Memperkenalkan Cip Kirin 620
Huawei sedia mempunyai keluarga cip pemprosesan mereka tersendiri yang digunakan pada beberapa peranti milik mereka. Terkini, dengan era 64-bit semakin popular pada peranti mudah-alih, mereka turut sama memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru dinamakan sebagai Kirin 620. Kirin 620 merupakan cip pemprosesan lapan-teras 64-bit daripada Huawei yang direkabentuk untuk telefon pintar dan juga tablet. Cip ini direkabentuk berasaskan kepada ARM Cortex-A53, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ia turut dilengkapi dengan kepantasan teras sehingga 1.2Ghz, sokongan grafik ARM Mali-450, memori LPDDR3, dan turut menyokong sensor kamera sehingga 13-megapixel. Secara kasarnya, Kirin 620 ini dilihat disasarkan kepada peranti dengan spesifikasi pertengahan, dan mungkin kita akan melihat ia digunakan pada peranti Huawei baru tidak lama lagi.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment