Wednesday, March 2, 2016

Google Memperkenalkan Android Studio 1.0

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan Android Studio dalam memudahkan para pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi Android yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin dengan mudah. Terkini, setelah sekian lama dalam pembangunan, Android Studio versi 1.0 dilancarkan secara rasminya kepada umum. Android Studio 1.0 ini merupakan salah satu IDE (Integrated Development Environment) yang ditawarkan untuk Windows, Mac dan juga Linux. Google mengatakan, menggunakan perisian ini, ia menjadikan pembangunan aplikasi lebih pantas dan produktif berbanding kebiasaannya. Menggunakannya, ia hadir dengan beberapa pilihan template dalam memudahkan anda membangunkan aplikasi – termasuk penawaran beberapa kod contoh daripada Google. Android Studio ini turut menawarkan emulator dalam membolehkan anda menguji aplikasi yang dibangunkan pada pelbagai saiz skrin dengan mudah, dan melihat memori yang digunakan olehnya supaya anda boleh lebih mengoptimasikan aplikasi anda. Bagi anda yang sedia menggunalan Eclipse dalam pembangunan aplikasi Android, kini boleh memuat-turun Android Studio ini sebagai ganti, dan mula menggunakannya dalam membangunkan aplikasi Android anda, dan mengoptimasikannya lebih kepada Android 5.0 Lolipop yang diumumkan Google baru-baru ini. Muat-Turun Android Studio untuk desktop http://developer.android.com/sdk/index.html

No comments: