Wednesday, February 3, 2016

Penggunaan Data Jalur-Lebar Di Malaysia Meningkat Sekali Ganda Berbanding 2013

Persatuan Pengendali Internet Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MyIX hari ini berkongsi data mengatakan penggunaan data jalur-lebar di Malaysia meningkat sekali ganda untuk tempoh 6 bulan pertama 2014 jikalau dibandingkan pada tahun 2013 yang lepas. Menurut MyIX, pada tempoh 6 bulan pertama 2014 ini, pengguna di Malaysia menggunakan jumlah jalur-lebar pada 306,970Mbps. Jikalau dibandingkan, sepanjang 12 bulan 2013 yang lepas, pengguna hanya menggunakan sebanyak 349,277Mbps sahaja. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana penggunaan jalur-lebar di Malaysia semakin meningkat dan lebih banyak kandungan yang diakses melaluinya dari hari ke hari. Selari dengan laporan ini, pihak IDC Research turut mengatakan yang mana kini pengguna peranti mudah-alih meningkat melebihi 140%, sekaligus menyumbang kepada penggunaan lebih banyak data oleh pengguna tempatan. Menurut MyIX, selain daripada akses kepada kandungan, pembelian atas-talian turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan internet oleh pengguna tempatan. MyIX mengatakan mereka memantau laman-laman yang popular, dan menjemput mereka untuk menggunakan perangkai padan tempatan untuk membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan mereka dengan lebih pantas. Antara laman yang sedia mempunyai perangkai padan di Malaysia adalah termasuk Google, Facebook, Akamai, Amazon, Microsoft dan juga Twitter.

No comments: