Wednesday, February 3, 2016

Jabra Sport Pulse Wireless Dengan Sensor Degupan Jantung Dilancarkan di Malaysia

Bermula dengan telefon pintar yang boleh mengesan denyut nadi, gelang tangan memfokuskan kecergasan, fungsi berkaitan kesihatan kini dilihat sebagai satu kemestian bagi peranti akan datang mempunyai fungsi sebegitu. Pada hari ini Jabra Malaysia telah mengumumkan penjualan Jabra Sport Pulse Wireless, peranti audio Bluetooth dengan kebolehan mengesan degupan jantung untuk pasaran tempatan. Berbeza dengan peranti audio Bluetooth yang lain, Jabra Sport Pulse Wireless berupaya mengesan degupan jantung pengguna pada waktu biasa dan juga sewaktu melakukan aktiviti kecergasan. Sensor pengesan degupan jantungnya terletak pada corong pembesar suara sebelah kiri. Ia dikatakan yang sensor degupan jantung sebegini berupaya mengesan degupan lebih persis berbanding sensor degupan jantung pada gelang tangan pintar. Beserta dengan peranti ini Jabra turut menyediakan aplikasi Jabra Sport Life App yang menyukat aktiviti kecergasan pengguna. Aplikasi tersebut akan memberikan arahan suara bergantung kepada aktiviti yang dilakukan serta memberitahu berkenaan degupan jantung pengguna, bersesuaian dengan tahap had keupayaan pengguna.  Peranti ini mempunyai ketahanan yang tinggi, kalis air dan tahan lasak dan boleh diperoleh di kedai-kedai rangkaian Machines, Connect Store, Radio Shack dan Harvey Norman pada harga RM 799

No comments: