Monday, September 21, 2015
U Mobile Merancang Untuk Menambah 2000 Tapak Pemancar 3G & 4G LTE Pada 2015
Hari
ini U Mobile telah berkongsi pelan perancangan mereka untuk tahun 2015,
menyasarkan untuk meliputi kebanyakan kawasan tempatan dengan
penambahan sehingga 2000 tapak pemancar gelombang 3G & 4G LTE
diseluruh negara. Melalui perancangan ini, sebanyak 1000 tapak pemancar
3G dan 1000 tapak pemancar 4G LTE akan disiapkan menjelang penghujung
2015. Antara kawasan utama yang bakal diliputi termasuklah Wilayah
Persekutuan, Selangor, Seremban, Port Dickson, Nilai, Ipoh, Lumut, Pulau
Pinang, Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat dan Batu Pahat. Beberapa
kawasan di Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Labuan juga bakal menerima
liputan berkelajuan tinggi ini. Dengan penambahan kawasan liputan U
Mobile ini pastinya akan memberikan impak bukan sahaja kepada pengguna
awam, bahkan dengan pengguna bisnes mereka yang melanggan perkhidmatan U
Mobile Quickpay. Bagi anda yang tidak mengetahui akan U Mobile
Quickpay, ia merupakan peranti yang membolehkan pengguna bisnes mereka
menerima pembayaran kad kredit pada peranti mudah alih mereka dan U
Mobile Quickpay telah dilancarkan beberapa minggu lepas.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment