Monday, September 21, 2015
IFA 2014 – LG G3 Stylus : Telefon Pintar Dengan Stylus Murahan
LG
pada tahun ini telah memperkenalkan telefon pintar keluarga LG G3, dan
hadir bersama-sama dengannya adalah dua variasi dibawah keluarga sama,
iaitu LG G3 Beat (yang mana merupakan versi mini untuk G3), dan juga LG
G3 Stylus yang mana hadir dengan sokongan stylus. LG G3 Stylus hadir
dengan spesifikasi pertengahan, dan membawakan rekaan lebih kurang sama
seperti LG G3. Membawakan perbezaannya, selain daripada spesifikasi, ia
juga turut menyertakan sokongan stylus bersama-sama dengan peranti ini.
Bagi kami, setelah mencubanya, ia didapati stylus yang disertakan boleh
dikatakan tidak begitu berguna untuk peranti ini. Stylus yang disertakan
sendiri adalah stylus versi murahan, yang mana menyerupai lebih kurang
seperti stylus yang ditawarkan di beberapa kedai – malah boleh didapati
di Daiso pada harga sekitar RM5. Ia tidak menyertakan rekaan yang tajam
seperti stylus pada Galaxy Note, atau beberapa peranti lain, sebaliknya
ia membawakan mata yang lembut dan hanya boleh digunakan untuk melakar
pada aplikasi yang khusus untuknya. Ia juga dilihat mudah rosak, dan
tidak begitu kukuh seperti pada peranti lain. Selain daripada stylus,
binaan badannya juga adalah berasaskan plastik – dan tidak memberikan
pengalaman penggunaan peranti seumpama LG G3. Apa pun, perkara ini
adalah sesuatu yang dijangka memandangkan ia merupakan peranti
berspesifikasi pertengahan daripada pihak LG. Fungsi-fungsi popular LG
masih dikekalkan seperti Knock Code, dan beberapa aplikasi khusus, serta
antaramuka Android daripada pihak LG. Jika anda ingin mendapatkan
peranti ini oleh kerana fungsi stylusnya, maka mungkin kami akan
mencadangkan anda untuk mendapatkan peranti yang lain. Namun, mungkin
jika anda ingin mendapatkan peranti LG pada saiz 5.5-inci dengan harga
yang rendah berbanding LG G3, peranti ini mungkin boleh membantu anda.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment