Monday, September 21, 2015
Measat-3B Memudahkan Penawaran Video Berdefinisi Tinggi
MEASAT
telah dimulakan pada tahun 1992 yang lepas, dengan satelit pertama
dilancarkan olehnya pada tahun 1996. Kini, selang beberapa tahun, MEASAT
telah pun melancarkan satelit terbesar dan berkuasa lebih 10 kali ganda
berbanding satelit pertama yang telah dilancarkan pada tahun 1996,
dinamakan sebagai Measat-3B. Measat-3B ini telah dilancarkan secara
rasmi pada hari ini, 12 September pada pukul 6.05 pagi. Satelit ini
membawakan nilai pelaburan sehingga RM1.1 bilion untuk pembangunannya,
serta sekaligus membawakan fasa baru untuk dunia telekomunikasi dan
komunikasi di Malaysia. Bagi yang tidak mengenali akan satelit Measat,
ia menawarkan sokongan telekomunikasi, dan pada masa yang sama
mempertingkatkan industri komunikasi serantau. Measat sendiri sedia
mempunyai beberapa pelanggan ternama, termasuk Astro, Telekom Malaysia,
Maxis, TV3, RTM dan sebagainya. Measat 3BMeasat-3B ini dilihat turut
memfokuskan kepada penawaran video pada kualiti yang lebih tinggi,
sekaligus membolehkan penawaran video pada kualiti HD – dan perkara ini
juga dijangka akan menyumbang kepada pihak Astro dan penyedia televisyen
yang lain dalam penawaran siaran mereka. Dari segi kawasan liputan,
Measat-3B ini akan meliputi komunikasi satelit sekitar Malaysia,
Indonesia, India dan juga Autralia. Satelit ini dikatakan mampu
beroperasi sehingga lebih 15 tahun. Dengan pelancaran Measat-3B ini,
pihak Measat dilihat mempunyai perancangan untuk dua lagi satelit Measat
sebelum tahun 2020 yang mana disasarkan kepada syarikat telekomunikasi
dan juga jalur-lebar.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment