Monday, September 21, 2015
BlackBerry Porsche Design P’9983
BlackBerry
hari ini secara rasmi telah memperkenalkan salah satu telefon pintar
baru dibawah keluarga eksklusif mereka – “Porsche Design”, iaitu
BlackBerry Porsche Design P’9983. Ia hadir dengan rekaan skrin sentuh
dan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal. BlackBerry Porsche Design
P’9983 hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM,
skrin bersaiz 3.1-inci dengan resolusi 720×720 pixel, kamera belakang
8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan dilengkapi denga sokongan
rangkaian 4G LTE. BlackBerry Porsche Design P’9983 turut dilengkapi
dengan BlackBerry 10.3, sekaligus menawarkan beberapa kemaskini baru
bersama-sama dengannya. BlackBerry turut menekankan yang mana mereka
menggunakan sapphire-glass pada bahagian lensa kamera, disamping
melengkapkan beberapa bahagian pada pranti dengan bahan stainless steel.
Beberapa aksesori khusus turut dilengkapkan untuk peranti ini termasuk
headset stereo, kit pengecasan antarabangsa, dan hadir dalam pilihan
warna kuning, biru hijau, perang, kelabu, biru, jingga dan sebagainya.
BlackBerry mengatakan telefon pintar Porsche Design P’9983 ini akan
ditawarkan di beberapa lokasi terpilih bermula bulan Oktober 2014 ini.
Dan mengikut sejarah penawaran peranti rekaan Porsche Design, harganya
mungkin agak tinggi berbanding penawaran peranti Blackberry biasa.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment