Monday, September 21, 2015
Mahkamah Jerman Membenarkan UberPop Beroperasi Semula
Perkhidmatan
Uber telah diharamkan di Jerman buat sementara waktu beberapa minggu
yang lepas. Pengharaman tersebut adalah kerana injuksi awal berikutan
perbicaraan berkenaan isu keselamatan melibatkan perkhidmatan UberPop.
Namun semalam Mahkamah Frankfurt, Jerman membatalkan injuksi tersebut,
sekaligus membenarkan Uber beroperasi semula. Bagi mereka yang tidak
mengetahui akan UberPop, ia adalah perkhidmatan yang membenarkan orang
awam mengambil penumpang. Di Malaysia ia dikenali sebagai Uber X dan
telah dilancarkan bulan lepas serta turut menerima tentangan hebat dari
pemandu teksi tempatan. Berbanding Uber Black, dimana Uber bekerjasama
dengan syarikat limosin, UberPop dilihat membuka peluang kepada orang
awam di Jerman untuk mengambil penumpang dan perkara yang menjadi isu
adalah seperti lesen pemandu tersebut, serta insurans. Persatuan The
Taxi Deutschland akan mengemukakan rayuan untuk membantah keputusan ini.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment