Salah
satu perkara yang kadang-kala melecehkan adalah proses pendaftaran
untuk masuk ke sesetengah pejabat. Sesetengah pejabat yang dikawal ketat
memerlukan kad pengenalan atau lesen memandu untuk disimpan buat
sementara waktu. Perkara ini tambah menyulitkan apabila kad atau lesen
tersebut hilang dalam simpanan mereka. Malah sistem buku kehadiran juga
boleh dipalsukan dengan sewenang-wenangnya. Envoy yang dilancarkan pada
hari ini ingin menyelesaikan segala rencam berkenaan pendaftaran
pelawat. Melalui Envoy, pendaftaran pelawat boleh dilakukan dengan
mudah. Pelawat hanya perlu memasukkan maklumat mereka, siapa yang ingin
mereka jumpa dan aplikasi tersebut boleh merakam gambar pelawat.
Maklumat terebut akan direkodkan dan sekiranya pelawat tersebut datang
sekali lagi, maklumat terdahulu yang disimpan akan terus dimasukkan.
Sekiranya terdapat sebarang dokumen yang perlu ditandatangani oleh
pelawat bagi menjamin rahsia pejabat, ia juga boleh dilakukan melalui
aplikasi ini. Aplikasi Envoy juga boleh berhubung dengan pencetak untuk
mencetak tag nama pelawat. Terdapat pelbagai fungsi berbeza disediakan
untuk pengguna bergantung kepada pakej yang digunakan dan buat masa ini
ia hanya menyokong peranti iPad 2 dan versi seterusnya. Menariknya
disebalik syarikat ini terdapat dua pengaturcara dari Malaysia yang
tidak asing iaitu Kamal Fariz, salah seorang orang kuat disebalik
BarCamp KL 2008 dan Viki, serta Teng Siong Ong, alumni Y Combinator.
Kami harap sistem sebegini akan digunapakai di kebanyakan pejabat
tempatan mahupun kondominium kerana isu salah letak kad pengenalan atau
lesen memandu oleh penyambut tetamu dan penjaga bangunan bukan satu
perkara yang boleh diambil mudah. Cuba: Aplikasi Pendaftaran Pelawat
Envoy https://signwithenvoy.com/
Monday, September 21, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment