Monday, September 21, 2015
Kadar Penembusan Liputan 3G Di Langkawi Disasarkan Mencapai 97% Menjelang 2015
Langkawi
merupakan salah satu lokasi percutian yang popular dikalangan rakyat
tempatan dan juga pelancong luar. Dalam usaha memberikan liputan akses
internet yang stabil dan pantas, kini kerajaan menyasarkan untuk
meningkatkan kadar penembusan 3G di pulau tersebut sehingga ke 95%
menjelang tahun 2015 kelak. Buat masa ini, ia dikatakan berada pada
angka sekitar 70%. Untuk menjayakannya, pelaburan berjumlah RM300 juta
akan dilakukan, yang mana meliputi pembinaan 10 menara telekomunikasi
baru, 3 Pusat Internet 1Malaysia, kabel gentian optik sepanjang 80km
(dari Kuala Perlis ke Langkawi), dua ibu sawat jalur-lebar berkelajuan
tinggi, dan juga 260 hotspot Wifi 1Malaysia. Selain daripada itu,
kerajaan juga menyasarkan untuk mencapai 75% kadar penembusan
jalur-lebar diseluruh negara, dan kini ia telah mencapai angka 67%.
Peningkatan kadar penembusan jalur-lebar ini dikatakan selari dengan
peningkatan efisiensi dan juga KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) –
sekaligus memberikan keuntungan dalam pelbagai segi.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment