Monday, September 21, 2015
Chargerito : Pengecas Peranti Terkecil
Di
Manchester United pernah ada pemain Mexico bernama Chicharito yang
bermaksud si kacang kecil. Beliau kini sudah berpindah ke Real Madrid
bagi memanaskan bangku simpanan. Sementara menunggu giliran bermain
mungkin Chicharito boleh melayari laman web dan apabila peranti sudah
hampir kehabisan bateri beliau boleh menggunakan Chargerito. Chargerito
ialah pengecas peranti terkecil yang juga merangkap anak kunci. Saiznya
yang kecil (5.3 cm x 3.3 cm) memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana
berbanding pengecas biasa. Terdapat dua versi iaitu versi USB dan
Lightning. Sangat sesuai digunakan oleh mereka yang kerap keluar dari
rumah tetapi tidak mempunyai sebuah power bank seperti kami. Chargerito
dijual pada harga 19 Dollar sebuah. Harga yang mampu milik dan tiada
alasan untuk kami tidak memilikinya.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment