Monday, September 21, 2015

Galaxy S5 Dan Galaxy Note 4 Mungkin Menerima Android “L” Seawal November Atau Disember Ini

Google telah mempertontonkan Android versi terbaru, dikenali dengan nama kod Android “L” pada Google I/O yang lepas. Ia dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada bulan Oktober ini, dan kini laporan awal hadir mengatakan Samsung mungkin memperkenalkan ia kepada Galaxy S5 dan Galaxy Note 4 seawal November atau Disember kelak. Sekiranya perkara ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat persaingan yang lebih positif dalam menawarkan kemaskini kepada peranti Android daripada pengeluar-pengeluar lain di pasaran. Selain Samsung, sebelum ini pihak HTC telah mengeluarkan komen rasmi mengatakan Android “L” akan hadir ke peranti HTC One M8 seawal yang mungkin. Android “L” dijangka akan menyertakan pelbagai pembaharuan – termasuk menggunakan Android ART, sokongan untuk cip 64-bit, dan perkara yang paling menjadi tumpuan adalah rekaan antaramuka baru yang dibawakan bersama-sama dengannya. Jika pengenalan kemaskini awal ini adalah benar, maka ia mungkin akan digemari oleh para pengguna peranti flagship daripada Samsung, apatah lagi mungkin menarik pengguna untuk mendapatkan Galaxy Note 4 yang akan dimulakan jualan pada bulan Oktober kelak.

No comments: