Monday, September 21, 2015

AirVR Mengubah iPad Mini Anda Menjadi Peranti Realiti-Maya

Peranti realiti-maya agak popular dan hangat diperkatakan pada tahun ini, apatah lagi dengan pengambil-alihan Oculus Rift, pihak Samsung dengan Gear VR, dan juga pengenalan Google Cardboard. Terkini, sebuah projek dibangunkan dan mula mengumpulkan dana di Kickstarter – dinamakan sebagai AirVR. AirVR memfokuskan kepada penggunaan peranti iPad Mini dan iPhone 6 Plus untuk diubah dan digunakan sebagai peranti realiti-maya. Pengguna hanya perlu menggunakan tablet dan phablet daripada Apple tersebut sebagai peranti pelengkap bersama-sama alat AirVR untuk menggunakannya sebagai peranti realiti-maya. Memandangkan teknologi realiti-maya ini turut memerlukan pengoptimasian dari segi perisian, pembangunnya turut menyediakan beberapa aplikasi khusus, termasuk untuk gambar, video, permainan dan sebagainya. Kami sebelum ini pernah melihat orang menggunakan Oculus Rift dan juga Samsung Gear VR. Saiznya boleh dikatakan agak bessar – dan daripada beberapa gambar AirVR ini, boleh dikatakan penggunaan iPad Mini adalah agak besar dan mungkin akan membuatkan ramai melihat anda dengan pelik sekiranya digunakan di tempat awam. Projek ini masih lagi mengumpulkan dana, dan terkumpul hampir $15,000 daripada $20,000 yang disasarkan oleh pembangunnya.

No comments: