Siri Bersama Usahawan Cradle ini ditaja oleh Cradle Fund, yang turut menyediakan pelbagai program menarik baik untuk penggiat startup mahupun buat pelabur budiman (angel investor). Ketahui program menarik mereka di laman web mereka. EasyUni merupakan satu portal yang menghubungkan pelbagai universiti dengan ibu bapa serta pelajar. Jika mencari universiti yang sesuai dengan keperluan anda merupakan satu perkara yang melecehkan lebih-lebih lagi jika perlu menghadiri acara berkaitan atau perlu hadir ke universiti tersebut yang mungkin jauh, di portal EasyUni, pengguna boleh mendapatkan maklumat, bertukar informasi berkenaan kursus yang ditawarkan, serta terus mendaftar minat pada universiti tertentu. EasyUni yang telah beroperasi lebih dari tiga tahun setengah diasaskan oleh Edwin Tay dan rakan kongsinya. Kami pernah menulis berkenaan EasyUni pada bulan Oktober 2011 semasa mereka mula beroperasi. Bermula dengan 2 pengasas, kini mereka mempunyai 23 staf dan mengendalikan perhubungan dari pengguna kepada universiti tempatan dan luar negara. Kini mereka telah melebarkan sayap operasi hingga ke tahap antarabangsa dan mempunyai staf dari pelbagai latarbelakang untuk mengendalikannya. Perjalanan mereka bukanlah satu perkara yang mudah, dan menerusi wawancara ini, Edwin Tay bersama kami untuk berkongsi kisah mereka. Layari: EasyUni
Friday, June 19, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment