Friday, June 19, 2015

Acer Memperkenalkan Chromebook 13

Untuk pasaran Malaysia, Chromebook masih terhad tawarannya, dan sehingga kini hanya pihak Yes4G sahaja yang menawarkan Samsung Chromebook melalui pakej mereka untuk pelajar sekolah dan pengguna umum. Apa pun, dalam arena global, terdapat pelbagai pengeluar yang menawarkan komputer riba berasaskan Chrome OS mereka tersendiri, dan paling terkini, pihak Acer memperkenalkan Acer Chromebook 13. Seperti biasa, berdasarkan kepada angka akhir, ia membawakan skrin bersaiz 13.3-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel (atau pilihan 1366×768 pixel), dan dijana menggunakan cip pemprosesan Tegra K1 daripada pihak NVIDIA. Dari segi masa penggunaan, memandangkan ia memfokuskan kepada tujuan pelayaran web, penyuntingan dokumen dan beberapa tugasan lain, maka ia membawakan masa penggunaan sehingga 13 jam. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan dua port USB 3.0, serta satu port HDMI. Ia hadir bersama-sama dengan kamera hadapan dengan rakaman 720p untuk tujuan panggilan video. Komputer riba ini hanya akan ditawarkan di beberapa buah negara sahaja bermula bulan September ini. Pihak Acer Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan pengenalan komputer riba berasaskan Chrome OS untuk pasaran tempatan.

No comments: