OnePlus One dari segi spesifikasi menggunakan kerangka berasaskan Magnesium, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan speaker stereo yang diposisikan pada bahagian bawah, bersebelahan dengan ruangan pengecasan mikro-USB. Dari segi sistem operasi, ia menggunakan CyanogenMod 11S. Versi yang dijalankan pada OnePlus One ini adalah variasi daripada versi Android 4.4 KitKat, serta membawakan rekaan tema khusus untuknya. Beberapa fungsi popular CyanogenMod turut hadir pada peranti ini termasuk sokongan enkripsi SMS antara peranti CM, mengakses peranti menggunakan arahan suara (seperti MotoX), menggunakan gesture dan sebagainya. Memandangkan ia menjalankan CyanogenMod, maka ia akan menerima kemaskini OS lebih pantas berbanding beberapa peranti lain di pasaran. Membawakan harga RM997 untuk versi 16GB dan RM1140 untuk versi 64GB.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment