Altel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru di Malaysia yang turut mempunyai lesen rangkaian LTE. Setelah mengumumkan kerjasama dengan pihak Celcom kini Altel turut menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk pemasangan dan pembangunan infrastruktur perkhidmatan 4G mereka. Teknologi Huawei telah digunakan oleh kebanyakkan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia, dan ianya bukan sesuatu yang asing untuk Huawei dipilih oleh Altel. Altel akan terus melabur dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan rangkaian telekomunikasi mereka tersendiri, sekaligus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna mereka. Sehingga kini, Altel mempunyai lebih kurang 20,000 pelanggan berdaftar serta 10 kedai eksklusif sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment