Sistem lebuhraya Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan
juga dinobatkan ke-5 terbaik dunia. Kita mempunyai lebih daripada 1600
kilometer lebuhraya yang majoritinya melingkari Semenanjung Tanah
Melayu. Lebuhraya hanya digunakan sebagai arteri untuk membawa kargo dan
menyambungkan bandar-bandar utama di Malaysia. Adakah baik sekiranya
lebuhraya yang beribu kilometer ini juga mempunyai fungsi sekunder yang
boleh memanfaatkan kita di masa hadapan. Di Amerika Syarikat projek
Solar Roadways sedang dibangunkan bagi melihat sama ada jalan raya yang
mempunyai panel solar, paparan LED dan sistem pemanas boleh dijadikan
realiti. Projek ini adalah buah fikiran pasangan suami Isteri Scott dan
Julie Brusaw. Mereka menyedari terdapat banyak jalan raya yang sentiasa
disinari matahari. Luas permukaan jalanraya di Amerika Syarikat
sekiranya digabungkan adalah lebih besar dari keluasan stesen janakuasa
solar yang sedia ada. Dari idea menyepadukan jalan raya dengan panelk
solar pada tahun 2006, Solar Roadways kini juga menyepadukan panel
paparan LED dan sistem pemanasan jalan raya kepada modul sedia ada.
Paparan LED membolehkan maklumat terkini trafik dipaparkan atas
permukaan jalan raya seperti penutupan laluan, kemalangan ataupun amaran
cuaca. Sistem pemanasan pula membolehkan jalan raya berfungsi sepanjang
tahun tanpa masalah ditimbun salji serta black ice yang mengakibatkan
kemalangan. Jalan raya pintar Solar Roadways akhirnya
akan mengubah jalan raya yang dahulunya digunakan oleh kenderaan berkuasa
petroleum yang tidak mesra alam kepada penjana tenaga hijau di masa
hadapan. Terdapat juga perancangan menyepadukan kabel elektrik dan
telekomunikasi ke dalam modul Solar Roadways yang berbentuk hexagon. Ini bagi mengurangkan jumlah kabel yang dipasang di tepi jalan. Ini sebuah
lagi idea baru yang ingin mengurangkan pergantungan kita kepada bahan
api fosil. Sumber Solar Roadways
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment