Monday, July 14, 2014

Project Naptha - Menyalin Teks Dalam Gambar

Ada kalanya kita ingin menyalin teks daripada sesuatu gambar, tetapi tidak boleh melakukannya kerana ia berada dalam gambar. Kini, melalui Project Naptha, ia cuba mengatasinya dan membolehkan pengguna menyalin teks dari sesuatu gambar dengan mudah. Hadir dalam bentuk plug-in untuk Chrome (buat masa ini), dimana selepas memasangnya pengguna boleh menyalin teks dengan hanya klik-kanan pada bahagian teks. Menariknya, selain menyalin, pengguna juga boleh membuat terjemahan masa-nyata menggunakan fungsi klik-kanan tersebut. Memandangkan ia menggunakan algoritma tersendiri, maka terdapat teks yang disalin tidak menyerupai teks asal, dan terdapat beberapa perbezaan dengan versi asal. Mungkin ia akan bertambah baik dari semasa ke semasa dengan pembangunannya hari ini. Muat-Turun Project Naptha.

No comments: