Pasaran sistem audio premium kini diungguli oleh Beats walaupun umum tahu bukan semua orang mampu membeli fon tersebut. Selain itu jenama lain seperti Sanheiser dan Grado juga mengeluarkan produk audio premium yang dijual pada harga yang mahal. Samsung hari ini mengumumkan mereka juga mahu menceburi bidang audio premium dengan Level. Level ialah jenama sistem audio mereka yang terkini. Empat produk Level diperkenalkan ialah Level Over (fon kepala tanpa wayar), Level On (fon kepala berwayar), Level In (fon telinga) dan Level Box (pembesar suara NFC). Samsung berharap kombinasi jenama Samsung dan kualiti bunyi yang premium daripada produk Level, membolehkan mereka bersaing dengan tiga jenama yang kami sebutkan di awal tadi. Level Over dan Level On kedua-duanya dilengkapi panel sesentuh pada bahagian tepi yang membolehkan anda mengawal tahap bunyi serta pemain muzik. Ianya turut direka untuk berfungsi dengan peranti pintar Galaxy Samsung.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment