Sistem hiburan dan komunikasi di dalam kabin pesawat adalah antara sistem yang masih ketinggalan zaman berbanding teknologi pesawat. Ianya masih tidak setanding dengan kemampun tablet dan peranti pintar yang dimiliki kebanyakkan pengguna. Skrin kapasitif masih digunakan dan begitu juga alat kawalan jauh yang tidak ergonomik. Sistem hiburan yang mempunyai rekaan mesra pengguna terhad kepada penumpang kelas pertama. COS ialah sebuah konsep sistem hiburan dan komunikasi masa hadapan yang menggunakan skrin sesentuh secara menyeluruh. Ianya rekaan Jan Meissner dan ia berjaya merangkul hadiah konsep terbaik dari Anugerah Rekaan iF 2014. Apa yang menarik ialah terdapat sistem pemesejan peribadi yang boleh dihantar kepada mana-mana penumpang pesawat di samping anda boleh memilih menu dari tempat duduk. Skrin sesentuh yang besar juga membolehkan skrin memaparkan lebih daripada satu aplikasi. Konsep ini sememangnya kelihatan futuristik tetapi perlu melepasi ujian keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Sistem ini juga pastinya memerlukan kuasa yang banyak dan mudah rosak.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment