Monday, July 21, 2014

Galaxy Tab S

Nampaknya tahun 2014 menjadi tahun Samsung fokus kepada arena tablet dan terbaru adalah Galaxy Tab S. Hadir dalam dua variasi, iaitu 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Kedua-duanya menggunakan paparan WQXGA dengan resolusi 2560×1600. Tablet ini bakal menyertakan pengimbas cap jari bersama dengannya, membolehkan pengguna membuat pembayaran PayPal (dibeberapa buah negara), mengakses peranti, log masuk akaun Samsung dan sebagainya. Terdapat juga fungsi Multi-User Login yang turut menggunakan sokongan pengimbas cap jari tersebut. Menyertakan cip pemprosesan lapan teras iaitu empat-teras 1.9Ghz Cortex-A15 dan empat teras 1.3Ghz Cortex-A7, memori 3GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel. Menggunakan Android 4.4.2 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus Samsung.

No comments: