Monday, June 30, 2014

Kemaskini Sony SmartWatch 2

SmartWatch 2 merupakan jam tangan pintar generasi kedua daripada Sony dan hari ini, peranti tersebut mula menerima kemaskini baru bagi membolehkan pengguna mencipta dan mengubah paparan jam mengikut kesukaan mereka. Pengguna boleh membuat customize pada paparan jam dengan menyusun atur kedudukan jam dan widget seperti meletakkan notifikasi, info cuaca, dan status bateri pada paparan utama. Dari segi tetapan aplikasi, sebarang aplikasi yang dipasang kini boleh diaktifkan dan dinyah-aktifkan terus daripada SmartWatch 2. Beberapa aplikasi baru seperti kalkulator turut tersedia. Beberapa perkara lain turut ditambah seperti kebolehan mengubah latar belakang dengan gambar pilihan daripada pengguna. Kemaskini ini juga, turut menambahbaik prestasi keseluruhan yang mana kini lebih responsif berbanding sebelumnya. Sekiranya pengguna tidak menerima kemaskini tersebut, bolehlah memuat-turun aplikasi SmartWatch 2 SW2 di Google Play Store dan sambungkan jam tangan ini melalui aplikasi Smart Connect pada telefon atau tablet anda.

No comments: