Monday, June 30, 2014

Bolt : Pengecas Peranti Dengan Powerbank

Alangkah baik sekiranya alat pengecas dan powerbank boleh digabungkan. Ini pastinya lebih mesra pengguna dan memudahkan hidup kita. Fluxmob Bolt ialah pengecas peranti dengan powerbank terbina dan di antara ciptaan paling pintar pernah dilihat. Apabila berfungsi sebagai pengecas peranti, bateri powerbank juga akan dicas pada waktu yang sama. Ianya berkapasiti 3000 mAh dan cukup untuk dibawa kemana-mana sekaligus menyelesaikan masalah membawa alat pengecas dan powerbank dalam waktu yang sama.  Ini ialah inovasi yang kami harap menjadi standard pada masa hadapan. Sepatutnya kesemua pengeluar menggunakan Bolt sebagai pengecas yang disertakan sekali dengan setiap pembelian peranti pintar.

No comments: