Wednesday, April 16, 2014

Twitter Mula Memperkenalkan Profil Baru

Twitter telahpun menguji rekabentuk halaman profil baru sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini mereka telahpun mula memperkenalkan rekabentuk baru ini dengan lebih meluas lagi. Pengenalan antaramuka baru ini, memperlihatkan gambar header bersaiz besar termasuk paparan gambar profil yang besar. Disamping itu, paparan tweet juga diketengahkan, selain memudahkan lagi pengguna melihat gambar dan sebagainya dengan mudah. Pengguna turut diberi pilihan untuk pin sesuatu Tweet pada bahagian atas profil mereka, sekaligus memberikan lebih kawalan terhadap apakah yang akan dilihat para pengguna tersebut. Pengguna sedia ada dijangka akan menerima kemaskini ini dalam beberapa minggu akan datang, sementara pengguna baru akan melihat paparan baru ini sebaik sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut.

No comments: