ReactOS telah mendapat perhatian beberapa pengguna Linux kerana menyerupai sistem operasi Windows. Ia merupakan salah satu sistem operasi berasaskan sumber terbuka, dan kini mereka sedang mengumpul dana menggunakan Indiegogo. Melalui kempen di Indiegogo tersebut, mereka ingin hadir dengan ReactOS Community Edition, yang membolehkan mereka menyumbang pembangunan perisian dan aplikasi yang akan disokong pada sistem operasi tersebut. ReactOS menggunakan sebuah kernel yang diubah-suai yang membolehkan ia menyokong perisian Windows dan Linux. Namun, bukan semua perisian dan aplikasi yang disokong buat masa ini. Pihak pembangunnya turut mengatakan mereka akan membawakan antaramuka yang serba baru pada ReactOS Communiti Edition, dan OS tersebut akan berasaskan kepada ReactOS 0.4. Layari : ReactOS Community Edition
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment