Cybathlon bakal menjadi sukan Olimpik untuk atlit bionik. Oscar Pistorius menjadi atlit kurang upaya pertama bertanding sebaris dengan atlit normal pada Olimpik 2012. Terdapat bantahan yang mengatakan kaki palsu gentian karbon Oscar memberikan beliau kelebihan berbanding anggota biasa. Inilah yang memberikan idea kepada penganjur Cybathlon. Cybathlon akan memperlihatkan sinergi teknologi dengan kekuatan otot manusia. Antara acara yang bakal dipertandingkan ialah lumba lari dengan kaki robotik, lumba jalan kaki menggunakan kerangka ekso untuk atlet lumpuh dan lumba kerusi roda lasak bermotor. Sama-sama kita nantikan Cybathlon yang akan didakan di Switzerland pada tahun 2016. Mungkin ini evolusi sukan seterusnya setelah penggiat e-sports mula diiktiraf sebagai atlet sejak kebelakangan ini. Sumber Cybathlon.
Tuesday, April 15, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment