Wednesday, April 16, 2014

Microsoft Mengumumkan Sokongan Aplikasi Universal

Selain pengumuman berkenaan dengan Windows Phone 8.1 yang akan hadir tidak lama lagi, pihak Microsoft turut berkongsi mengenai sokongan aplikasi universal yang akan hadir ke platform Windows pada acara BUILD 2014. Melalui aplikasi universal ini, ia boleh dijalankan pada komputer, tablet, Xbox One dan juga telefon pintar yang menjalankan platform Windows dengan mudah. Perkara ini akan memudahkan para pembangun menawarkan aplikasi mereka kepada semua pengguna yang selari. Pada masa yang sama, Microsoft juga turut berkongsi mengenai sokongan pembelian aplikasi dan pembelian dalam-aplikasi yang disatukan didalam satu windows store. Sebagai contoh, sekiranya pengguna membuat pembelian dalam aplikasi di telefon, mereka juga akan dapat mengaksesnya pada komputer mereka dengan mudah.

No comments: