Pelbagai perkara baru yang dibawakan pada SDK pembangunan Windows Phone 8.1. Salah satunya adalah pemain YouTube, dimana ia dikemaskini dan menyertakan sokongan video HTML5. Pengguna boleh memainkan ia pada sebarang laman web tanpa masalah. Kemaskini ini dijayakan dengan Internet Explorer 11 yang membawakan kemaskini WebGL dan sokongan teknologi web yang terkini. Pengguna boleh membuat pemasang aplikasi pada kad-SD, sekaligus menjimatkan penggunaan storan didalam peranti. Pada panel multi-tasking pula, pengguna boleh mematikan sesuatu aplikasi dengan swipe ke bawah tanpa perlu menekan butang “Close”. Pengguna juga boleh mengubah warna bar navigasi. Fungsi-fungsi lain adalah termasuk sokongan WiFi-Direct, penyuntingan media, log-masuk untuk akses aplikasi dengan Microsof Account, File Picker baru dan beberapa yang lain. Pihak Microsoft mengatakan semua peranti Windows Phone 8 akan menerima kemaskini tersebut. Maklumat lanjut berkenaan Windows Phone 8.1 akan diumumkan pada acara BUILD yang akan diadakan pada bulan April.
Wednesday, February 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment