Pihak Sandisk hari ini memperkenalkan Sandisk Ultra Dual USB Drive.
Hadir dalam tiga variasi storan, iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Pengguna
boleh menghubungkan ia kepada telefon pintar menggunakan mikro-USB
ataupun menghubungkan ia kepada komputer menggunakan USB 2.0. Selain
menyimpan fail padanya, ia juga turut boleh digunakan dalam urusan
memindahkan fail dan dokumen daripada komputer ke tablet atau telefon
pintar. Pihak SanDisk telah menyediakan sebuah aplikasi khas dinamakan
SanDisk Memori Zone yang berfungsi untuk mengurus dokumen pada peranti
Android. Harga jualannya adalah bermula antara RM67 sehingga RM167,
bergantung kepada storan.
Tuesday, February 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment