Buat masa ini, kebanyakkan pembangun telefon pintar seluruh dunia hanya memfokuskan
kepada dua platform sahaja, iaitu Android dan juga iOS. Perkara ini disebabkan penggunanya yang ramai, sekaligus
memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka. Ia juga turut
memberikan impak kepada platform lain, membuatkan platform seperti
BlackBerry dan juga Sailfish OS juga menyokong pemasangan aplikasi Android
pada platform mereka. Mengikut laporan terbaru, pihak Microsoft juga berkira-kira untuk
membawakan sokongan aplikasi Android pada Windows Phone dan juga
Windows. Bagi pengguna Windows, terdapat beberapa perisian yang
menawarkan sokongan menjalankan aplikasi Android pada komputer, dan
salah satu adalah BlueStacks. Microsoft masih dalam perbincangan secara
dalaman, dan terdapat pihak yang setuju dan ada juga pihak yang kurang
setuju. Keputusan Microsoft mengenai perkara ini tidak diketahui lagi sepenuhnya.
Wednesday, February 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment