Wednesday, February 12, 2014

Serangan “The Careto/Mask APT”

Kaspersky hari ini berkongsi mengenai penemuan malware baru yang dinamakan The Mask (ataupun Careto), yang boleh memberi kesan kepada pelbagai sistem termasuk Windows, Mac OS X, Linux, Android dan juga iOS. Sasaran utama The Mask adalah institusi kerajaan, pejabat duta, syarikat gas, organisasi penyelidikan dan sebagainya. Ia mengumpul pelbagai data, tetapan VPN, kekunci SSH dan juga fail RDP (untuk Remote Desktop). The Mask atau Careto ini telah menyerang lebih daripada 380 mangsa. Menurut Kaspersky, serangan dilakukan dalam bentuk emel dengan menghantar pautan dan apabila pengguna klik pada pautan tersebut ia akan  menyerang komputer pengguna. Untuk maklumat lanjut, layari FAQ The Mask.

No comments: